Thursday, June 30, 2011

ynamorata ,

oke , lpas buat entry pasal citer marimar tuh, tetibe pagi2 bute nie nk buat entry ynamorata , eh sape kah beliau ? jeng2. HAHAHAHA
korang penah tgk citer pangako sa yo , sanay wala nang wakas , forevermore ? oh dulu citer2 telenovela dari philipin sgt pemes oke ! ingt lagikk sanggup nie ponteng kelas tambahan waktu petang2 semata2 nk tgk citer tuh semua ! HAHAHA *ADEK2 BAWAH UMUR JGN TIRU YEEE, :)
oke berbalik pade tajuk entry itu tadi , *ynamorata*
ynamorata merupakan name kristine hermosa dalam cerita PANGAKO SA YO,

konpem korang kenal sape die kan. die sgt laaa gojessss , melatopp ke babommmm !

kalo ta dpt ingt laagikk meh sini kal share kan gambar2 die !

cntek kan kan. :)
<3

haaa korang mesti da  dpt ingt die nie kannn. sgt perfect okeee, eh tapi dgr2 citer die da kawin,.tp ta tahu laa btl ke tidekkk ! kalo salah info sorry laa yeee,
:)

Wednesday, June 29, 2011

oh marimar , anda sangat gojesss ! heee :)

haaa sape kat sini tgk citer telenovela MARIMAR ? alaa kat tb3 kol 3 ptg tuh haaa ! best kan kann ! hehehe
btw, kal start tgk citer nie secara kebetulan je. mule2 tgk iklan citer nie ingt citer tenenovela latin sbb nmpak pompuan seksi menari kat pantai *motif , lalalala. HAHAHAH. tp rupenyee citer philipin uolssss ! tapi tape yang penting citer die memang meletop oke ! haaa satu lagi nk ckp yang citer nie sebenarnye diadaptasi dari citer mexico., tajuk citer pom same jee. marimarr jgk ! :)
haaa dah2, skang kitee ushar sinopsis citer nie pulak . sinopsis FULL oke,. sampai last episod. :)




Gustawa Aldama, seorang yang memiliki harta yang banyak, duit dalam bank die berjuta2 lemon oke ! engkau ada ? HAHHAHA. THEN die nie kawin ngn pompuan yg bername  Lupita walaupun hubungan diorang nie dpt tentang dari MAMA gustawa aldama nie laa,Dolores name nyee ! haishh. Semuanya menjadi semakin suspen + rumit bila Lupita melahirkan anak perempuan yang diberi nama Marimar kerana budak nie  lahir di tengah laut oke, heee.. Dolores nie percaya bahawa Lupita berkahwin dengan Gustavo sbb nak kaya jee. isk ape laaa mak gustawa nie. tade hati perot langsung kan kan. hehe, . Dolores mengupah  lelaki untuk berpura-pura tidur dengan Lupita  haa pastukan Gustavo melihat diorang berdue nie tgh tido same2. adehhhh !. Dolores pon menghalau Lupita then die bagik amaran supaya lupita tidak kembali lagi. Apabila Gustavo tahu bahawa semua itu hanya plan MAMA nya, segalanya telah terlambat. Dia tidak berjaya menemui isterinya yang membawa diri bersama satu-satunya anak mereka. Gustavo meninggalkan ibu bapanya pastuh pegi ke Manila dan terus berharap agar satu hari nanti dia akan menemui anak dan isterinya. oh sedeyhh !



7 tahun kemudiann  *lame kann. hehe tetapi usaha Gustavo masih tidak berhasil uolsss.sian die , tak jumpe2 gak anak bini die , iskkk  Suatu hari, sepupunya Esperanza datang membawa berita mengenai kematian orang tuanya dalam kemalangan. Sewaktu melawat makan ibu bapanya,Silva, kawan Lupita datang memberitahu di mana Lupita dan Marimar berada. wah suspenn niee. ! Tanpa membuang masa Gustavo terus mencari dan berjaya menemui keluarganya. akhirnyeeeee , yeayyyy,Lupita memaafkan Gustavo agar Marimar dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Dalam perjalanan ke Manila, kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan la plakkkk ! Marimar daripada ibu bapanya terpisahhh. Lupita dijumpai mati akan tetapi Marimar terus hilang. 


akhirnya Marimar ditemui di sebuah pulau terpencil dan cantek oleh Lola Cruz dan Lolo Pancho yang mengaku sebagai datuk dan neneknya sbb diorang dpt tahu Marimar hilang ingatan. Mereka panggil  Marimarsbb tulisan pada rantai lehernya. Marimar bertemu dengan Angelika dan menjadi sahabat. Walaubagaimana pun mereka mula bertengkar apabila Angelika jatuh dan tangannya patah. Angelika menyalahkan Marimar atas kejadian itu. Marimar membesar sebagai seorang gadis yang naif. Hidupnya mula menjadi rumit apabila berjumpe dengan Sergio Santibanez lalu feeling jatuh cinta laa plak,. Marimar berkahwin dengan Sergio yang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap ayahnya,Renato dan Angelika(mak tiri merangkap bekas kekasih Sergio). Marimar kemudiannya menjadi mangsa kekejaman Angelika yang cemburu di Vila Santibanez. Dari sini Marimar mula menyedari hakikat apa yang telah dilakukan oleh Sergio padanya. oke jahat kann sergiooo dulu2 isk.

oleh sbb marimar niee byk sgt bersedeyh dan menderita,  Marimar memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa  Di bandar Marimar menukar namanya kepada Bella dan melahirkan anak perempuan yang diberi nama Cruzita sempena nama Lola Cruz.



Selepas bertahun-tahun mencari marimar Gustavo akhirnya bertemu Marimar tetapi kerana Marimar menukar nama kepada Bella maka dia dapat mengenalinya. Natalia yang memusuhi Marimar sejak di Vila Santibanez telah mencuri loket Marimar yang akan membuktikan identiti anak Gustavo yang hilang. Natalia nie pulak menyamar  sebagai anak Gustavo tetapi kan kannn rancangan jahat  die tak bertahan lama sbb Marimar da pulih ingatan silamnya lalu membuktikan Natalia adalah penipu. Gustavo akhirnya mengetahui Marimar adalah anaknya tetapi tidak lama kemudian mati akibat sakit jantung. alaaa , nie benci niee baru nk feeling ada ayah. meninggal laa pulak. saje jee kann pengarah nie nk panjangkan citerr Dengan bantuan Esperanza dan kawannya Innocencia, Marimar pergi ke US dan bertukar daripada seorang gadis naif yang miskin menjadi serang wanita kaya dan sofistikated Bella Aldama. wow. part nie best oke .

marimar kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang bisnesman yang berhasrat untuk mengahwininya kerana masalah kewangan syarikat keluarganya. Rodolfo mengundang Marimar ke Masquerade Paty sebagai tetamunya. Tanpa diketahui olh Marimar yang dikenali sebagai Bella, Sergio turut hadir ke majlis itu. Sergio secara tidak sengaja terlihat Bella dan mengenalinya sebagai Marimar. Sergio mmberitahu Rodolfo bahawa Marimar adalah isterinya. Rodolfo tidak mempercayai kata-kata Sergio dan fikir itu adalah mustahil. Marimar menolak Rodolfo pada majlis perkahwinan mereka dan membuktikan dirinya masih mencintai Sergio. oh sweet, :P

 perniagaan Vila Santibanez mula merosot dan Angelika pulang dari luar negara bersama Ranato yang lemah daya ingatan. Tanapa disedari oleh Renato, Angelika meletakkan 'ubat' yang akan melemahkan ingatan dalam makanannya. jahat kan angelika niee. ! Renato sedar bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap kehilangan harta dan syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk lelongan tetapi Marimar sebagai Bella muncul dan berlakunya konfrontasi. Disebabkan taktik penuh dendam Bella, Angelika kehilangan segala-galanya. Angelika kembali ke Vila Santibanez dan menghantar Renato ke hospital mental. Namun, Renato berjaya melarikan diri daripada hospital sebelum Angelika dan orang-orangnya tiba. Renato ditembak oleh Nicandro atas arahan Angelika. Walaubgaimanapun dia diselamatkan oleh Dra Rhia dan kebali bersama Sergio untuk membalas dendam terhadap Angelika. Marimar pula membeli Vila Santibanez. Berlaku banyak perebutan antara Marimar, Sergio dan Rodolfo. Marimar sekali lagi membuat keputusan untuk meninggalkan Filipina demi keselamatanya tetapi diculik oleh Rodolfo sebelum sempat pergi. Sergio cuba menyelamatkan Marimar tetapi Rodolfo secara tak sengaja menembak Marimar sedangkan tembakan itu sepatutnya untuk Sergio. Akhirnya ketiga-tiga mereka tertembak secara tak sengaja tetapi tidak serius. Rodolfo dibawa ke hospital dan kemudiannya menjalani perbicaraan dan dijatuhi hukuman penjara.

Marimar memaafkan Sergio dan keluarga mereka bersatu semula. yeayyyy , akhirnyee kann , tp tak abis lagik laa uolsss., byk rintangan lagik nie. kate telenovela kann. citer berbelit2, hehehe Setelah itu Marimar menemui Vanessa May, kekasih Gustavo setelah kematian Lupita yang sedang mencari anak perempuannya yang hilang iaitu Angelika. Tanpa diketahui oleh Marimar, Angelika merancang kejatuhan pewaris Aldama untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggungjawab terhadap pembunuhan Vanessa May dan Esperanza. Angelika mengugut Marimar dengan pembunuhan Esperanza agar dapat mengumpan Marimar keluar. Sergio dan yang lain mengetahui bahawa Angelika bertanggungjawab terhadap pembuhan ibunya dan Esperanza tetapi tiada bukti. Manakala Angelika pula mempunyai pisau dengan cap tangan Marimar dan baju yang penuh dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar agar dapat membunuhnya. Dia memberitahu kepada Marimar bahawa dia yang membunuh Esperanza untuk menutup mulutnya. Orang suruhan Angelika, Nicandro dan Diego telah menyelamatkan Marimar lalu membohongi Angelika tentang kematian Marimar. Rancangannya gagal tetapi dia membuat rancangan lain untuk memerangkap Marimar. Dia terus mengejara Marimar sehingga akhirnya mereka terpaksa berdepan untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang kali tetapi tiada apa terjadi kerana baju kalis peluru yang dipakainya. Marimar menyedari yang Angelika tidak akn pernah berhenti dan membuat keputusan untuk melawan kembali.Walaubagaimanapun Marimar mengalami kecederaan serius manakala Angelika ditangkap polis. Tetapi Marimar terselamat. haaa, akhirnye dak angelika masuk penjara. eh tapi jgn berpuas hati lagik. ade lagik okeeeee ! hahahahah.


Sebulan kemudian, Marimar, Sergio dan teman-teman mereka pergi ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan Angelika. Juri mendapati Angelika bersalah kerana membunuh. Renato pula pergi ke penjara Angelika dan merasuah warden penjara untuk membuat Angelika menderita dengan memberinya kesan terbakar dengan nama Marimar. Sergio dan Marimar mengumumkan perkahwinan mereka dan Marimar memberi semula Vila Santibanez kepada Renato. Bapa angkat Angelika pula merancang untuk melepaskan Angelika dengan letupan bom dan dia perlu bekerjasama denganya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar. haa pulokkk. ta abis2 lagik angelika niee. adoiii



akhirnyeee ,Semasa hari perkahwinan, Angelika menyamar sebagai pemandu menggantikan Arturo yang dipukulnya. Sergio dan Cruzita diculik oleh Angelika. Dia memberi Marimar dua pilihan 'hadiah istimewa'. Dia menyuruh Marimar pergi ke pantai dan memaksa Marimar memilih antara nyawa Sergio dan Cruzita. Sergio dan Cruzita  berada dalam dua bot yang berbeza dengan bom yang diset pada masa yang sama di dada mereka. Marimar memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Sebaik sahaja dia menyelamatkan Cruzita bom di bot Sergio meletup. Marimar membawa Cruzita terjun ke dalam laut bila bom Cruzita pula meletup dan Angelika tidak dapat mengesan mereka haa suspen kannn ! jeng2. pastuh kannn Sergio pula tidak mati dalam letupan itu. Sebelum bom masa itu meletup, dia dapat menumbangkan orang Angelika, membuang bom itu dan lari dari bot. Marimar berdepan dengan Angelika. Tanpa disedarinya, Sergio ada di kawasan itu berlawan dengan orang-orang suruhan Angelika. Marimar dan Angelika pula berlawan di landasan helikopter dan Marimar menolak Angelika ke dalam sungai yang dipenuhi buaya. Sergio dan Marimar akhirnya berkahwin di San Agustin Church, Manila. oke nyeeeeeeeee , HAPPY ENDING . heheh sukeee !


FYI, 

Episode akhir Marimar, Perkahwinan Sergio dan Marimar , shooting hari perkahwinan mereka disiarkan secara langsung pada tarikh 14 Mac 2008. wow kelas kannn, tade lagi citer dibuat secara langsung, mcm kahwin btl2 laaa pulak. okee nati kal citer pasal pelakon2 citer nie la plak eyhh, entry nie panjang sgt oke, penat daa !.. panjang sgt entry nieee. hehe, letih korang bace an an ! :)






Thursday, June 23, 2011

verangannn ! haha

salam satu malaysiaaa. wahh. HAHA
untuk kesekian kali nyee,saye nak cakap saye bosannn, muahahhaa.
so oleh kerana melalui hari2 yg sgt membosankan semejak cuti selama 4 bulan niee. saye telah melakukan satu aktiviti yang sangat berfaedahh ye uolsss.
hhahaha,
nk taw apee ?
jeng2.






photoshoot !
ahaks

oke lets tgk hasilnyee hadek2 sekalian !
hahaha



haaa. sudah ! hahah. verangan sgt kann ? ! muahahaha. btw nk ucapkan thnks dkt photographer : eyna emanina dan juan sepet sbb layan keranal kal ! 
diorang photographer meletops uolsss. kalo korang nk gunakan khidmat diorang pm kal eyhh ! ahak ahakss, :)